"Selamat Hari Ibu" untuk semua ibu2 didunia...................... rasanye tak terlambat untuk aku mengucapkan untuk VVIP nie. Dulu aku tak tahu apa ertinye kasih sayang seorang ibu, tetapi selepas aku bergelar ibu baru aku tahu betapa besarnye pengorbanan ibu............... Benarlah kata Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda "Bahawa Sesungguhnye Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu".......kerana dari sejak seketul darah hingga janin membesar semuanya dikongsi bersama dengan ibu. Kesana kemari dengan membawa sekurang-kurangnye 4 kg ditanggong ibu, ada kalanye terasa jugak sakit pinggang dan tulang belakang, tetapi demi untuk seorang anak penyeri rumahtangga sanggup ibu meredah segala kepayahan.... So marilah kita gembirakan hati ibu kita walaupun bukan dengan wang ringgit tetapi dengan kasih sayang dan perhatian.
Ibuku selalu berpesan! Jangan cepat berputus asa mendidik dan mendoakan kebahgiaan serta kesejahteraan anak2, yelah di zaman yg cukup mencabar ini memang sukar untuk mendidik anak2 menjadi seorang manusia, seorang KHALIFAH...
Jadi jika kita ada membuat hati ibu kita terguris cepat2lah mintak maaf, kerana dengan doa dan restu ibu itulah yg akan membuka kan pintu rahmat dan rezki dari ALLAH seluas-luasnye.....
I LOVE U MUMMY................... LOVE U ............LOVE U SO MUCH!
Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
1 month ago
0 comments:
Post a Comment